Tuesday, August 13, 2013

Selamat Menyambut Bulan Syawal

Jadi kebiasaan kan kepada kaum wanita yang tidak dapat memenuhi jumlah hari puasa pada bulan Ramadhan. So, jangan lupa untuk menggantikan semula puasa yang telah ditinggalkan kerana keuzuran anda itu. Tidak ketinggalan begitu juga saya yang sedang menjalani ibadah ini yang telah masuk hari ke 5. Cuma tinggal sehari sahaja lagi.

Sesetengah pendapat mengatakan tidak dibolehkan untuk menggabungkan puasa sunat bersama-sama puasa ganti. Tapi, saya gabungkan sahaja. Niat lebih penting. Ganti yang wajib dahulu. Kalau rajin, baru buat puasa sunat tu kemudian.

Sebut pasal persediaan menyambut 1 Syawal, keluarga saya seperti biasa akan membakar lemang. Pada hari Rabu, masing-masing sibuk membakar lemang. Dari proses pertama iaitu mesin kelapa untuk perah santan, membasuh sebersihnya beras pulut (takut cepat basi), memasukkan beras ke dalam buluh, menyediakan arang, memasukkan santan ke dalam beras, dan membakar lemang. Semasa buluh sedang dibakar, persediaan untuk memasak rendang pula. Dari memotong daging, menyediakan rempah dan bahan-bahan untuk memasak rendang sehinggalah siap dimasak.

Sebelah malamnya pula selepas selesai berbuka puasa, kami memasak lauk daging masak merah untuk membuat nasi minyak sebagai hidangan 1 Syawal. Nasi pula dimasak sebelum Subuh 1 Syawal.

No comments:

Post a Comment