Wednesday, March 20, 2013

Bukit Panorama Sg. Lembing, Kuantan



Cantik tak? Ha, kalau nak tengok matahari terbit secantik tu, kena la pergi panjat bukit. Bukit ni dekat Sg.Lembing. Aku gerak dari rumah sebelum subuh. Mase ni pergi sebelum subuh lagi. Pukul 5.30 gerak, tu pon sebab pergi berdua je. So, xdela delay kena tunggu kawan kalau pergi ramai-ramai kan. Perjalanan cuma setengah jam sahaja dari bandar Kuantan. Sampai dekat pekan dia, aku dengan kawan berhenti nak solat Subuh dekat masjid tepi jalan. Masjid tu da dekat sangat dengan Bukit Panorama tu.

Lepas solat, dalam pukul 6.30 kitorang pon mula la mendaki. Bukit ni dah ade anak tangga. Tapi mase mula-mula dulu, memang rase nak turun semula tapi memandangkan kami pergi ramai, so bersemangat laa sikit. Untuk kali kedua ni, xde lagi moral down, yang penting nak sampai kat puncak dan dapat tengok matahari terbit. Masa mendaki cuma 1/2 jam je. Tapi memang letih la. Ada yang separuh jalan je. So, sampai kat puncak da pukul 7.00. Matahari belum terbit lg. Kitorang tunggu la dalam 1/2 jam, so dapat la tengok matahari terbit. Memang teramat cantik. Fuhh lu caya la cakap waaa....memang x rugi la panjat penat penat....

So, hopely korang yang bace ni pon bersemangat jugak la nak pergi panjat bukit ni. Paling tak pon, dapat jugak tambah pengalaman hidup. Lepas turun, kitorang terus balik sebab kalau nak pergi lawat muzium pon, dah banyak kali pergi. Lombong pulak macam mahal sangat je tiket die. So, x masuk la lombong tu.

No comments:

Post a Comment