Tuesday, November 17, 2015

This is 2014

This is went i get fever


Jeng jeng jeng this year 2015????
This year, i sent it back to his wife...so that she'll be happy got this bouquet of roses from her husband... : ) 


Tuesday, January 28, 2014

Gaji Penjawat Awam 2014

      TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2015
TARIKH HARI CATATAN
22 JANUARI 2015 KHAMIS TAHUN BARU CINA 19,20 FEB
12 FEBRUARI 2015 KHAMIS
25 MAC 2015 RABU
23 APRIL 2015 KHAMIS
21 MEI 2015 KHAMIS PESTA KEAMATAN 30,31 MEI
25 JUN 2015 KHAMIS HARI GAWAI 1-2 JUN
9 JULAI 2015 KHAMIS HARI RAYA PUASA 17-18 JULAI
25 OGOS 2015 SELASA
17 SEPTEMBER 2015 KHAMIS
22 OKTOBER 2015 KHAMIS
25 NOVEMBER 2015 RABU HARI DEEPAVALI 10 NOVEMBER 
17 DISEMBER 2015 KHAMIS HARI KRISMAS 25 DISEMBER

Sunday, January 12, 2014

TERJEMAHAN SURAH AN NISA 

Ayat 3 :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakuka kezaliman.

Ayat 4 :

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Ayat 5 :

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan kamu), (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu ; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Ayat 6 :

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

Ayat 7 :

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Ayat 8 :

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Ayat 9 :

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Ayat 10 :

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Ayat 11 :

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka adalah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya adalah satu per dua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya; satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si  mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibubapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak tahu siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Monday, September 16, 2013

Pelukis Plan Bangunan Bertauliah

    Saya percaya ramai di kalangan anda telah memiliki rumah sendiri dan ingin mengubahsuai rumah tersebut. Namun, sebelum kerja-kerja ubahsuai dilaksanakan, anda hendaklah mengemukakan plan cadangan ubahsuai tersebut. Jika anda masih mencari-cari pelukis plan, bolehlah anda menghubungi Encik Saiful Azha di talian 019-9386943 atau 012-9556943. Beliau akan menerangkan prosedur berkaitan. Anda hanya membayar sejumlah wang dan menunggu plan tersebut untuk diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu pihak Majlis Perbandaran. 

Contoh plan yang telah siap dilukis



Sunday, September 8, 2013

Pendakian Gunung Berembun, Cameron Highlands, Pahang

Pada 7 September 2013 yang lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah menganjurkan Aktiviti Kembara Minda Sihat bagi sesi pendakian Gunung Berembun dan berkumpul di tapak Robinson Fall, Tanah Rata. Sebelum sesi pendakian dijalankan, para peserta dikehendaki menulis nama untuk penyertaan dan pemberian sijil. Kemudian masing-masing bergambar kenangan.

Kanak-kanak riang yang kat belakang tu. Happy sokmo.

Nih sangat koya, pagi-pagi lagi dah isap rokok

Kenalkan, pasangan gay kat hujung sane, pagi-pagi lagi dah romantik bagai

Semua minum air yang same ke weh???

Kite makan dah nak habis la

pasangan suami isteri tengah mam tuh, jangan ler kaco mustakim oiii

Satu....Malaysia!!!! 

Rizal ni sejak sampai Cameron, die tibe tibe berubah, maafkan lah die yer

Awak rizal, mendabik dade camne pon, tetap takboleh mencapai ketinggian macam Amir tu ha.

Nih apehal lak ni

Korang buat ape kat Wawa sampai die melutut tuh weh

Mustakim nak terkam sape tu

Tengok Wawa dengan Aishah, OMG!!!!

"Eh ambik la gambo aku tengah pakai stoking busuk aku nih"

Ape korang buat nih? Kesian kat Rizal tu

Sharil kaki buli oiii

Start jalan dah

Happy sangat ni

C-A-M-E-R-O-N, baru nak belajar mengeje la

Khairul : Ala aku x heran la, banyak kali dah aku sampai kat puncak tu

Bob Marley Malaysia kehkehkeh

tengok Wawa kaber cun

Ececeh Rizal...

1234 cakkk!!!

Nila Geng Bas Skolah


Sebelum aktiviti senam robik dijalankan, para peserta belum puas bergambar kenangan. 



peserta lelaki dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Senam robik bermula

saya juga tidak ketinggalan hek elleh 

Canopy walkway juga ada semasa permulaan kembara mendaki. Kami memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi.





Penunjuk arah jauh dah tinggal tuh


cc Pkd CH pon ade

Ai takkan letih dah Rizal?

OMG ni dalam hutan oi, balik bilik la nak romantik-romantik nih

pasangan suami isteri

kak farah keletihan ker...huhuhu


menghampiri check point pertama

Dah sampai check point pertama

22 dah nampak perut lalallala





Inilah die penunggu hutan, sila bagi salam hormat kepada beliau

Peace yo!!



Uii cantiknyeer!!! pokok kat belakang tu la...


Hati hati turun tu Sharil dengan Kerol




Penggembaraan diteruskan


dalam hutan ni pon ade line, boleh bergayut tau











amalan tak bagus untuk jantung



anggota bomba turut mengiringi




sampai di puncak juga akhirnya. Selamat sampai pada jam 12.00 tengah hari.


menikmati roti, nak tambah tenaga untuk turun pulak







wajah-wajah keriangan




Selamat sampai pada jam 1.30 petang.


love dis pic